Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Izham Ismail berkata syarikat penerbangan nasional itu komited untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggannya.
“Strategi transformasi digital menjadi pilihan, dengan kami terus memanfaatkan teknologi baharu dan inovatif untuk meningkatkan semua titik sentuhan untuk tetamu kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Naib Presiden Eksekutif Syarikat Penerbangan Amadeus Asia Pasifik, Cyril Tetaz, berkata MHchat merupakan bukti mengenai komitmen syarikat penerbangan untuk mengembangkan saluran digitalnya.
“Ketangkasan penting ketika mengusahakan penyelesaian digital yang inovatif, dan bekerja sama dengan Malaysian Airlines, kami telah menyampaikan platform inovatif ini dalam tempoh tiga bulan. Banyak syarikat penerbangan memulakan inisiatif transformasi pemulihan, didorong oleh kehendak sebenar untuk menangani persaingan selain meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya.
Melalui Facebook Messenger, pelanggan Malaysia Airlines boleh menggunakan MHchat untuk mendapatkan maklumat mengenai penerbangan dan tempahan.
Pelancong juga boleh menyelesaikan transaksi, membuat bayaran yang selamat dan menerima jadual perjalanan dalam aplikasi yang sama.
– BERNAMA