Skandal Cambridge Analytica membangkitkan isu privasi untuk pengguna internet seluruh dunia. Syarikat pengiklanan menggunakan data yang dibekalkan dari organisasi seperti Google, Facebook dan lain-lain lagi bagi mendedahkan tingkah laku pengguna semasa melayari internet.
Untuk itu, Mozilla telah mengeluarkan versi baru untuk pelayar iOS yang akan mengaktifkan fungsi anti-penjejak secara automatik. Sebelum ini, fungsi tersebut perlu diaktikan secara manual atau automatik di dalam mod private browsing.
Fungsi anti-penjejak menutup elemen di dalam laman sesawang bagi memantau pengguna mereka. Versi terbaru ini hanya ada untuk versi 11.0 dan ke atas.