Dengan sambutan akhir tahun baru yang akan bermula kelak, alangkah baiknya jika anda tidak perlu lagi bimbang akan kesesakan lalu lintas pada musim cuti? Jadi pada tahun ini, untuk menjadikan perjalanan cuti Krismas dan akhir tahun kurang tertekan buat anda, Waze ingin berkongsi 3 tip yang paling berguna bagi para pemandu Malaysia.
Tip #1 Elakkan Memandu ketika Waktu Puncak
Berdasarkan statistik perjalanan dari 2016, Waze meramalkan bahawa keadaan lalu lintas akan mula menjadi lebih teruk pada Jumaat, 22 Disember, diantara pukul 1 hingga 3 petang.
Waktu-waktu Paling Teruk untuk Memandu di Seluruh Malaysia:
Satu lagi cara untuk mengelakkan waktu perjalanan ketika waktu puncak adalah untuk menjadualkan pemanduan anda menggunakan fungsi Pemanduan Dirancang Waze. Ikuti langkah-langkah mudah berikut:
|
Tip #2 Elak Kawasan Yang Mengalami Kesesakan Lalu Lintas
Mereka yang mengembara ke luar Kuala Lumpur pada masa ini juga perlu mengambil perhatian terhadap 5 Negeri yang diketahui telah mengalami peningkatan lalu lintas yang besar sepanjang waktu cuti hujung tahun, terutamanya Melaka, yang mengalami peningkatan sebanyak 1.3 kali ganda.
Negeri-negeri yang mengalami Peningkatan Lalu Lintas Terbesar:
Tip #3 Nikmati Perjalanan Dengan Pilihan Lagu Bersama Spotify
Sesuatu perjalanan tidaklah begitu meriah tanpa muzik, dan mereka yang pulang ke kampung halaman atau mengambil perjalanan di dalam bandar boleh memeriahkan suasana Krismas mereka dengan memanfaatkan integrasi Spotify di dalam Waze. Hanya dengan menghubungkan akaun Spotify ke Waze pada peranti Android atau iOS anda, senarai main muzik kegemaran anda dari Spotify boleh dimainkan secara automatik dengan satu klik butang apabila anda mula menggunakan Waze.
Nikmati perjalanan yang lebih meriah dan cubalah Waze untuk diri sendiri! Anda boleh memuat turun apl Waze sekarang di Google Play Store atau Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.