Tips kali ini kami ingin tunjukkan cara-cara untuk anda tukar layar peranti pintar Android anda kepada warna “monochrome” ataupun dengan kata lain “hitam & putih”. Sesekali guna hitam putih ni menarik juga dan apa yang penting ianya dapat menjimatkan bateri peranti anda. Kepada yang berminat untuk cuba, boleh ikuti langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Masuk ke menu “setting” dan pilih “about phone”
Langkah 2
Cari menu “Build Number” dan tekan laju-laju selama 8 kali untuk mengaktifkan menu “Developer Option”, sekiranya peranti anda sudah tersedia menu tersebut, maka boleh lah langkau langkah ini dan terus kepada langkah 3.
Langkah 3
Apabila sudah siap langkah 2, maka menu “developer option” akan muncul, masuk ke menu tersebut.
Langkah 4
Setelah masuk ke menu “developer option” skroll kebawah dan cari menu “simulate color space” dan pilih fungsi “monochromacy”. Selesai.
Sekarang layar peranti anda sudah berubah kepada hitam & putih, selamat mencuba.