Bagi anda yang sedang mencari telefon baru mampu milik, Huawei Nova Lite ( juga dikenali sebagai Honor 8 Lite bagi sesetengah pasaran) mungkin sesuai dengan anda.
Menerusi Promo Gila-Gila Pra Merdeka kali ini, Huawei Malaysia membawakan model pertengahan itu dengan 3 variasi warna pilihan:
- Nova Lite Biru – RM 759
- Nova Lite Hitam – RM 699
- Nova Lite Emas – RM 699
Berdasarkan harga diatas, Huawei memberikan potongan sebanyak RM300 yang mana sebelum ini telefon terbabit djual pada harga asal RM999.
Spesifikasi ringkas Huawei Nova Lite:
- Skrin paparan FHD 5.2 inci
- Cip pemproses Kirin 655
- Storan dalaman 16GB
- Bateri 3000mAh
- Kamera utama 12MP, Kamera selfie 8MP
Promosi ini pra-Merdeka ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2017 tertakluk pada terma dan syarat. Jadi tunggu apa lagi lawatilah pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia sementara stok masih ada.
Sumber: Huawei Malaysia