Fitness Trackers atau penjejak kesihatan adalah peranti elektronik yang didatangkan dalam bentuk seperti jam tangan untuk dipakai semasa bersenam, berlari, mendaki dan sebagainya.
Ia juga berfungsi untuk memantau kadar degupan jantung, bilangan kalori yang dibakar, jarak yang dilalui tanpa mengira berjalan atau berlari.
Terdapat banyak penjejak kesihatan di pasaran, jika anda sedang mencarinya, ini adalah 5 fitness tracker di bawah RM200.
{snap}
1. Xiaomi Smart Band 8
Xiaomi Smart Band 8 ini merupakan salah satu fitness tracker yang disukai ramai kerana kualiti bateri sangat memuaskan serta didatangkan dengan paparan skrin sebesar 1.62 inci AMOLED serta kecerahan 600 nits.
Ia juga kalis air pada 5ATM. Bateri sebesar 190mAh, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 16 hari (mod biasa) dan 6 hari (dengan fungsi AOD).
Terdapat lebih 150 mod sukan dan ada ciri kesihatan seperti SpO2, penjejakan waktu tidur, kitaran haid, dan memantau tekanan.
{snap}
2. Huawei Band 8
Huawei Band 8 hadir dengan skrin 1.47 AMOLED, ketebalan 8.99mm dan berat 14g serta kalis air 5ATM.
Dari segi kesihatan, ia mempunyai ciri TruSleep 3.0, SpO2, pemantauan tekanan, kitaran haid dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, fungsi sukan yang terdiri lebih daripada 90 mod sukan melalui sokongan pengecaman automatik dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 14 hari dari semasa ke semasa.
{snap}
3. Aukey LS02
Seterusnya, Aukey LS02 dikatakan pilihan yang sangat tepat untuk pengguna yang baharu sahaja ingin mencuba fitness tracker pada setiap hari.
Paparan skrin yang berukuran 1.4 inci TFT dengan bluetooth 5.0 dan semestinya kalis air IP68 serta baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 20 hari.
Terdapat 12 mod sukan, penjejak kadar degupan jantung, penjejak waktu tiur dan lain-lain
{snap}
4. Amazfit Band 7
Amazfit Band 7 mempunyai paparan skrin yang sedang di mana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dengan berukuran 1.47 inci AMOLED.
Ia mempunyai 120+ mod sukan dan baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 18 hari.
Dengan menjalankan Zepp OS, ia hadir dengan penjejak kadar degupan jantung, tekanan dan SpO2. Malah, ia turut hadir dengan pembantu AI, iaitu Alexa.
{snap}
5. Honor Band 7
HONOR Band 7 hadir dengan skrin 1.47 inci AMOLED dan kalis air pada paras 5ATM.
Ditawarkan sebanyak 96 mod sukan, baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 14 hari.
Fungsi kesihatan adalah termasuk SpO2, waktu tidur, kitaran haid dan tekanan.
Selain itu, boleh juga menerima pemberitahuan mesej, panggilan, cuaca dan peringatan.