Apabila bercerita tentang peranti iPhone, topik yang sering dibangkitkan dalam kalangan pengguna mereka mahupun pengguna Android adalah jangka hayat bateri.
Kajian menunjukkan bahawa disebalik sistem pengendalian iOS yang cemerlang, penggunaan kecil seperti kecerahan paparan, penggunaan sambungan Wi-Fi serta Bluetooth dan pembukaan banyak aplikasi dalam satu masa yang sama adalah antara penyebab isu ini disuarakan.
Dalam pada itu, pengecasan semula yang kerap juga dapat mempercepatkan tempoh penggantian bateri iPhone dari kadar waktu yang dianggarkan sekali gus memakan perbelanjaan yang banyak.
Namun begitu, para pengguna iPhone mesti mengambil langkah awal bagi menjaga peranti mereka supaya masalah yang sama tidak berlarutan.
@hitomidocameraroll Let me know how much longer your battery lasts if you do all these…cause I can’t be bothered to do it myself. #savebatterylife #iphone #apple #iphonebattery #battery #iphonehacks #tech #ios #settings
Oleh itu, Tyler Morgan, bekas pekerja Apple ada memuat naik video pendek di TikTok yang mana beliau berkongsi 12 tips penjagaan bateri iPhone.
Video berdurasi 1 minit dan 10 saat itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 13.9 juta sehingga kini. Berikut adalah apa yang beliau kongsikan:
- Jangan cas bateri sehingga 100%.
- Jangan cas semalaman.
- Hadkan kadar cas kepada 80% (khas untuk iPhone 15 Pro dan ke atas).
- Hadkan penggunaan aplikasi yang mempunyai aktiviti latar belakang seperti pemberitahuan WhatsApp, Instagram dan sebagainya.
- Hadkan penggunaan aplikasi yang menggunakan perkhidmatan lokasi seperti Find My iPhone.
- Kurangkan tahap kecerahan skrin atau tetapkannya kepada automatik.
- Tutup ciri ‘Raise To Wake‘.
- Tetapkan penguncian automatik selepas 1 minit.
- Tutup ciri ‘Hey Siri!‘.
- Tutup ciri Bluetooth.
- Hidupkan ciri ‘Reduce Motion‘.
- Hadkan kadar segar semula paparan skrin kepada 60Hz (khas untuk peranti iPhone Pro yang menyokong ProMotion).
Pada pandangan kami, agak terlalu banyak pantang larang dan agak remeh. Perkara ini sekali gus menjejaskan pengalaman penggunaan seharian anda.
Bagaimanapun, mungkin ada beberapa tips beliau yang boleh anda amalkan. Jangan terlalu berpandukannya sangat.
{suggest}
Sumber: BGR