Syarikat Telekom Malaysia, Unifi, kini telah memperkenalkan Pelan Pascabayar Individu UNI5G dan Pelan Pascabayar Keluarga UNI5G #Unstoppable terbaru mereka.
Pelan Pascabayar Individu UNI5G
Untuk pelan pascabayar individu, harga yang ditawarkan bermula dari RM39/bulan dengan data internet 5G + 4G sebanyak 30GB sebulan. Diikuti dengan pelan yang bernilai RM69/bulan serta RM99/bulan yang menawarkan telefon pintar 5G percuma.
Pelan Pascabayar Keluarga UNI5G
Pelan keluarga ini pula menawarkan harga pascabayar serendah RM129/bulan dengan tawaran data internet sebanyak 150GB beserta data 5G + 4G tanpa had apabila anda berdaftar bermula dari 28 November 2023 sehingga tarikh yang akan diumumkan.
Anda juga berpeluang membawa pulang telefon pintar 5G percuma dari setiap langganan pelan yang terpilih.
Untuk pengetahuan lanjut mengenai pelan-pelan yang lain serta terma dan syarat yang dikenakan, sila layari laman web rasmi Unifi.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Unifi