Aplikasi pengunci data privasi pengguna telefon pintar telah lama menjadi tarikan orang ramai di Google Play Store. Namun, kaedah ini kini telah diambil perhatian oleh pihak Google yang berada di dalam fasa untuk mengaplikasikan ciri itu ke dalam sistem operasi Android secara terus.
Jadi, para pengguna Android bakal tidak memerlukan aplikasi dari pihak ketiga untuk mengunci dan menyembunyikan data telefon pintar mereka.
Hal ini telah disahkan oleh salah seorang pengguna Android 14 QPR2 Beta 1, Mishaal Rahman, di dalam siaran media Xnya yang menyedari akan kehadiran tetapan “Private Space“.
Spotted a new "Private Space" settings page. Tapping "Create Private Space" creates a new profile of type "android.os.usertype.profile.PRIVATE", which seems to be a new type of user in Android.
If I had to guess, this "Private Space" will let you hide apps on your phone from… pic.twitter.com/neTIz94nz3
— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) November 15, 2023
Di dalam tetapan itu, terdapat pilihan ‘Cipta Ruang Persendirian‘ untuk pengguna membuat profil baharu dengan sub-kategori ‘Private‘. Selain itu, ianya juga menyediakan togol yang membolehkan pengguna membuka “Private Space” dengan kunci paparan telefon pintar mereka.
Namun begitu, tiada lagi khabar yang sahih mengatakan ciri ini akan dilancarkan dalam masa yang terdekat.
{suggest}
Sumber: Android Authority