Syarikat Microsoft kini dilihat sangat teliti dengan ciri-ciri yang dibawa oleh mereka ke dalam Windows seperti OneDrive.
Hal ini kerana pengguna OneDrive bagi Windows 11 sekarang perlu menjawab soalan analisis sebelum anda boleh menutup aplikasi OneDrive bagi menerangkan tujuan dan sebab anda lakukan yang sedemikian.
Selepas itu, Microsoft akan meluluskan tindakan tutup OneDrive selepas soalan analisis dijawab.
Cara untuk ‘Quit’ OneDrive
Pertama, anda perlu ke bahagian ‘Taskbar‘ dan tekan ikon anak panah lalu cari ikon OneDrive.
Selepas itu, tekan ikon gear ‘Settings‘ dan pilih ‘Pause syncing‘.
Seterusnya, pilih ‘Quit OneDrive‘.
Akhir sekali, satu paparan akan keluar dan anda hanya perlu tekan Quit OneDrive.
Namun, selepas kemaskini OneDrive yang akan datang, Windows akan terbitkan soalan analisis seperti di bawah selepas anda melakukan langkah di atas.
Dialog OneDrive yang terbaru ini akan tersedia dalam versi 23.214.1015.0001 dan anda boleh kemas kini dengan memuat turunnya di laman web rasmi Microsoft. Ataupun anda boleh tunggu kerana ia akan terkemas kini secara automatik.
{suggest}
Sumber: Neowin