14 lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bakal dibina di Sabah yang menjadikannya secara keseluruhan sebanyak 132 buah ketika ini. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memberitahu tentang penambahan tersebut akan dijalankan dalam masa terdekat supaya kemudahan tersebut dapat dirasai oleh penduduk negeri tersebut.
Beliau turut meluangkan masa bersama masyarakat di sana dari Kampung Langsat ke Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital di PEDi Kampung Lohan, Ranau, Sabah.
Beliau turut menambah, buat masa sekarang sebanyak 118 PEDi telah dibina dan 14 dalam perancangan. Beliau ingin merealisasikan inisiatif 1 DUN 1 PEDi.
Beliau turut mengambil kesempatan untuk melawat jerayawara para usahawan tempatan yang menjual pelbagai produk. Beliau turut menadah telinga mendengar luahan usahawan-usahawan yang berjaya kembangkan perniagaan mereka melalui PEDi.
{suggest}
Sumber: Berita RTM