Syarikat LG Electronics Malaysia (LG) telah memperkenalkan produk pembersihan terbaru, LG CordZero™ All-in-One Tower™. Produk ini merupakan sebuah vakum tanpa wayar atau mudah alih.
Direka khas untuk penggunaan dalam rumah serta mampu melakukan kerja-kerja pembersihan dengan lebih komprehensif, vakum ini turut menawarkan sistem penyingkiran habuk hands-free secara automatik apabila vakum diletakkan pada stesennya.
Vakum terbaharu LG ini yang dilengkapi dengan All-in-One Tower™ mempunyai sumber cahaya LED UVC yang mampu berfungsi sehingga dua jam bagi tujuan menghalang pertumbuhan bakteria.
Menara ini mempunyai sistem 3 langkah penapisan yang diperakui oleh British BAF Allergy Association yang mampu menangkap habuk halus secara efektif.
All-in-One Tower™ mempunyai ruang penyimpanan untuk vakum dan aksesori termasuk 2-in-1 Combination Tool seperti Crevice Tool dan Mop Nozzle.
Menara ini dilengkapi DUAL PowerPack™. Merupakan sebuah bateri yang boleh ditukar ganti dan dicas semula. Bateri ini boleh bertahan selama 120 minit.
Ia turut dilengkapi teknologi Smart Inverter Motor™ dan Axial Turbo Cyclone™, yang mampu memberikan daya sedutan yang kuat dan berterusan kepada vakum.
Terdapat juga sistem 5 langkah penapisan yang dikuasakan oleh teknologi LG Kompressor™ yang mampu memisahkan dan menapis sehingga 99.999% baki habuk dan kotoran dalam tong habuk.
Siri LG CordZero™ A9 kini boleh didapati pada harga berikut:
- A9T-MAX- RM4,999.00
- A9T-CORE- RM4,499.00
- A9K-ULTRA- RM4,199.00
- A9K-MAX- RM3,699.00
- A9N-LITE- RM2,299.00
Untuk maklumat lanjut, boleh tekan link yang tertera. LG Electronics Malaysia (LG)
{suggest}
Sumber: Siaran Media LG Electronics Malaysia (LG)
(Beli pelbagai produk LG dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)