Syarikat Lexar yang dikenali sebagai jenama penghasilan memori berprestasi tinggi telah menerima anugerah Media Penyimpanan Terbaik dari Persatuan Akhbar Imej Teknikal (TIPA) untuk kad memori siri DIAMOND Lexar Professional CFexpress™ Type B.
Dengan populariti peranti 8K yang sedang meningkat sekarang membuatkan permintaan bagi kad memori berprestasi tinggi seperti ini juga meningkat.
Kad memori siri DIAMOND Lexar Professional CFexpress™ Type B menawarkan kelajuan pindahan data sehingga 1900MB/s, kelajuan menulis dan membaca sehingga 1700MB/s serta kelajuan ketika merakam video RAW berkualiti 8K adalah pada minimum kelajuan sehingga 1600MB/s (bergantung pada peranti hos itu sendiri).
Kad memori ini menggunakan protokol PCIe Gen3x2 dan NVMe yang sangat serasi dengan kamera DSLR beresolusi tinggi dan kamera mirroless serta kamera XQD.
Siri DIAMOND Lexar Professional CFexpress™ Type B ini datang dengan kapasiti 128GB, 256GB dan 512GB.
Lexar Professional CFexpress™ Type B (128GB) dijual pada harga RM1,208.90 dan untuk storan 256GB pula berharga RM1,978.90. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lexar.
Untuk pembelian, anda boleh ke laman web Shopee dan Lazada.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Lexar