Kebanyakan daripada anda menggunakan e-mel untuk bekerja, perniagaan, menjejaki pembelian dalam talian dan tidak terkecuali, platform untuk berhubung dengan orang lain.
Gmail telah berperanan untuk melengkapkan keperluan itu sama ada anda mengaksesnya daripada dekstop PC, telefon Android, iPhone dan Chromebook.
Secara umumnya, e-mel anda akan berdasarkan kepada tetapan peranti anda sendiri tetapi ia boleh menjadi isu apabila anda bekerja berlainan zon waktu dengan rakan sekerja anda. Hal ini akan mengelirukan kedua-dua pihak apabila e-mel dihantar dan diterima pada waktu yang ganjil.
Dalam panduan ini, anda akan mengetahui untuk menukar zon waktu di aplikasi Gmail supaya anda mempunyai kawalan penuh ke atas e-mel anda sendiri.
Cara untuk menukar zon waktu e-mel menggunakan aplikasi Gmail
Pertama, masuk ke dalam aplikasi Gmail dan tekan butang menu di bahagian atas kiri
Tatal ke bawah dan pilih ‘Calendar’ lalu tekan butang menu di bahagian atas kiri
Pilih ‘Settings’ dan tekan ‘General’
Matikan “Use device time zone” dan tekan “Time zone”
Masukkan zon masa bagi kawasan yang anda mahukan dan selesai
Kaedah ini sangat berguna untuk kerja berkumpulan yang sering keluar ke pelbagai kawasan yang berubah zon masa. Selamat mencuba.
{suggest}