Aplikasi ‘X’, atau dulu dikenali sebagai Twitter, telah memperkenalkan satu ciri di mana pengguna kini boleh menyekat akaun yang tidak disahkan oleh ‘X’ daripada membalas dan memberikan komen pada siaran pengguna.
Berdasarkan laporan, perubahan ini telah mula dilaksanakan dalam aplikasi ‘X’ sejak 11 bulan selepas Elon Musk mengambil alih.
Tujuannya adalah memberi kelebihan kepada pengguna “Twitter Blue” yang membayar $7.99 sebulan atau RM50 untuk menjadi lebih eksklusif, dengan privasi mereka terlindungi daripada kandungan yang berbahaya daripada masuk ke dalam ruang komen siaran mereka.
Secara umumnya, terdapat perdebatan dan hujah yang diajukan untuk membincangkan tentang menyekat balasan bagi akaun yang telah disahkan melalui pembayaran, nombor telefon atau ID kerajaan yang boleh mengurangkan gangguan, tindakan menghasut atau trolling dan penyebaran maklumat palsu ke akaun pengguna.
Walau bagaimanapun, kenyataan itu telah dibatalkan dengan kehadiran bot yang mempunyai label sah dari ‘X’ atau tindakan pantas pihak atasan dalam memantau keadaan semasa platform.
Memandangkan ‘X’ telah memberi keutamaan kepada balasan pada sesuatu siaran itu supaya hanya boleh dilakukan oleh akaun yang disahkan, ini sangat memudahkan pelbagai pihak dalam mengenal pasti dan menilai kualiti serta kekerapan pengguna berbayar mengalami sebarang gangguan dalam akaun mereka.
{suggest}
Sumber: TheVerge