OPPO dan OnePlus menggunakan sistem operasi yang sama, ColorOS dan antara ciri utama yang bakal diperkenalkan OS tersebut untuk kemas kini Android 14 itu nanti adalah animasi seperti Dynamic Island iPhone.
OnePlus OxygenOS 14
iOS style Dynamic Island in action 👀
Do you like it? pic.twitter.com/qVNh5QiK0g
— Shishir (@ShishirShelke1) September 25, 2023
Berdasarkan perkongsian DCS di Weibo, ciri Dynamic Island OPPO tersebut mempunyai animasi yang sama seperti Apple iPhone.
Namun, berbanding warna hitam, OPPO menggayakan ciri tersebut dengan pilihan warna putih. Dan saya berpendapat ini adalah cara OPPO untuk mengurangkan persamaan di antara ciri Dynamic Island mereka dengan iPhone.
Selain itu, OPPO juga dilihat memperagakan ciri tersebut di bahagian sudut kiri berbanding tengah yang biasa.
Tambahan lagi, ColorOS 14 juga ingin menghasilkan ciri Contact Poster (mirip iOS 17) versinya sendiri yang juga optimum untuk skrin Find N2 Flip.
Beli Peranti OPPO di Shopee –Â https://invl.io/cljx4b4
Beli Peranti OPPO di Lazada –Â https://invol.co/cljx4b8
{suggest}
Sumber: Notebook Check, Weibo