Selepas pelancaran siri Xiaomi Pad 6, Xiaomi memperkenalkan tablet terbaru mereka melalui jenama Redmi – Redmi Pad SE. Tablet terbaru Redmi ini telah dilancarkan pada 15 Ogos hari Selasa semalam di Beijing untuk pasaran China.
@wisermy Apa Menarik Pada Xiaomi Pad 6 🔥 #wisermy #techtok #malaysia #fypシ #xiaomi #xiaomipad6
Berikut adalah spesifikasi penuh tablet ini:
Spesifikasi Redmi Pad SE
Tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 680, memori RAM LPDDR4x hingga 8GB, dan storan 128GB dengan slot penambahan storan hingga 1TB.
Redmi Pad SE dilengkapi skrin IPS LCD 11″ beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 90Hz dan kecerahan maksimum 400 nits.
Peranti ini mempunyai 8MP kamera utama, 5MP swafoto, 4 pembesar suara yang sokong Dolby Atmos dan Hi-Res Audio serta bicu audio 3.5mm.
Selain itu, Redmi Pad SE disokong bateri berkapasiti 8,000mAh dengan pengecasan 10W, guna MIUI Pad 14 berasaskan Android 13 dan hadir dalam 3 pilihan warna – Lavender Purple, Graphite Gray, Mint Green.
Harga dan Ketersediaan
Redmi Pad SE tersedia dalam 3 variasi untuk dipilih:
- 4GB+128GB – EUR199 (~RM1007.35)
- 6GB+128GB – EUR229 (~RM1159.21)
- 8GB+128GB – EUR249Â (~RM1260.45)
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat akan kehadiran peranti ini ke pasaran Malaysia. Namun, kami akan mengemas kini sebarang berita akan Redmi Pad SE kepada pembaca dari masa ke masa.
Beli Xiaomi Pad 6 di Shopee:Â https://invl.io/cljj4hk
Beli Xiaomi Pad 6 di Lazada:Â https://invol.co/cljj4i5
{suggest}
Sumber: Xiaomi