Sesetengah pengguna mendapati aplikasi YouTube di telefon Android, Android TV serta Google TV mula memaparkan pilihan resolusi “1080p Premium“. Ia turut tercatat “Enhanced bitrate”.
{suggest}
Ini bermakna, video adalah dalam 1080p tetapi dengan bitrate yang lebih tinggi. Senang kata, butiran dalam video lebih terperinci berbanding 1080p biasa.
On June 16th, 2023 I saw 1080p Premium ( enhanced bitrate) option in YouTube app on my Motorola G52. pic.twitter.com/I1MxTAcNIK
— Saurav kumar (@sauravsaurav646) June 16, 2023
Pada April lepas, Google melepaskan ciri ini eksklusif untuk peranti Apple. Hari ini, nampaknya telefon dan TV Android sudah mula menerimanya.
Kami telah mendapati ia tersedia untuk iPhone, jadi jika anda juga melanggan Premium, boleh cuba kemas kini aplikasi.
Jangan salah faham, versi 1080p Premium ini memang terhad pada pengguna Premium tetapi resolusi 1080p biasa yang sedia ada akan kekal percuma seperti biasa.
Sumber: 9to5Google, latinricky78, Saurav Kumar