Anthony Loke memaklumkan bahawa pembidaan nombor plat siri FF telah memecah rekod JPJ dengan kejayaan menjana hasil kutipan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM34,296,327.
Menurut kenyataan, seramai 34,032 orang telah menyertai pembidaan ini melalui secara dalam talian platform JPJeBid.
Pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran pula ialah sebanyak 8,348 orang.
https://www.facebook.com/photo/?fbid=799461648211417&set=a.403709741119945
- FF8 – RM950,000
- FF9 – RM911,999
- FF3 – RM639,000
- FF2 – RM638,000
- FF7 – RM663,000
Apakah ia dipengaruhi francais filem Fast & Furious atau sememangnya FF ialah “plat cantik”?
Atau ada juga menggunakannya untuk singkatan “Firdaus Famous” kerana nama panggilan di bangku sekolah?
{suggest}
Mana-mana alasan, tak dapati dinafikan plat yang “cantik” mempunyai ramai peminat terutama daripada golongan yang berpendapatan tinggi.
Jika anda juga daripada golongan ini, apakah anda turut sama akan membida sehingga hampir sejuta ringgit untuk aksara pada bontot dan muncung depan kereta?
Sumber: Anthony Loke
Gambar utama: Car.co.uk