Dalam acara diadakan HUAWEI memperkenal P60 Pro, Mate X3 dan beberapa yang lain, turut diumumkan ialah peranti yang akan menerima kemas kini EMUI 13.
HUAWEI Mate X2, P50 Pocket, P50 Pro dan P50 menjadi peranti terawal menerimanya iaitu dalam Jun 2023.
HUAWEI nova 10 Pro, nova 10 akan terimanya seawal Julai.
Mate 40 Pro dan nova 10 SE pula dalam September.
Kemudian, dalam Oktober pula akan dilepaskan untuk nova 9.
Pada bulan Disember pula ialah HUAWEI Y90.
Berdasarkan pengumuman tadi, tiada peranti akan terima EMUI 13 pada Ogos dan November.
Berita pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Mate X3 boleh dibaca melalui artikel INI.
Ulasan HUAWEI P60 Pro pula tersedia di SINI.