Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah memohon maaf berhubung kesilapan yang dilakukan hingga menyebabkan kebocoran data hampir 12,000 pemohon universiti tersebut.
{suggest}
Menerusi ciapan di Twitter, universiti itu memaklumkan bahawa pautan bagi senarai tersebut tidak lagi aktif dan telah melakukan kemas kini.
Kemaskini: Pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemaskini telah dilakukan.
Pihak UiTM mohon maaf di atas kesilapan yang berlaku. Terima kasih.— UiTM Official (@uitmofficial) May 9, 2023
Terdahulu, seorang pengguna di Twitter menyatakan UiTM telah menerbitkan lebih 10,000 data pemohon, yang mengandungi maklumat nombor kad pengenalan dan alamat e-mel. Ia kemudiannya memberikan jumlah sebenar, iaitu sebanyak 11,891 data pemohon telah dipaparkan melalui pautan berkenaan.
Sumber: BERNAMA