Sekiranya anda risau dan mengesyaki sama ada PC anda digodam oleh individu lain, berikut kami kongsiakn cara untuk mengenalpasti individu yang cuba menceroboh PC anda untuk mendapatkan maklumat sulit.
Pertama sekali masuk ke laman sesawang canarytokens.
Kemudian pada paparan berikut pilih Select your tokens > Windows folder.
Seterusnya klik pada tombol berikut.
Anda akan diberikan Fail berikut.
Langkah berikutnya, cipta Folder dengan nama yang menarik minat si penggodam iaitu berkaitan maklumat sensitif atau sulit seperti dibawah dan masukkan fail yang diperolehi pada laman canarytokens sebentar tadi.
Maka sekiranya fail tersebut diakses oleh mana – mana individu luar, anda boleh menyemaknya dengan memsuki menu Manage this token pada laman canarytokens.
Akan dinyatakan berapa kali ianya telah dibuka. Untuk maklumat terperinci, klik sahaja pada pautan tersebut.
Maka maklumat seperti alamat IP, lokasi dan masa akan dipaparkan.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.