Komputer Apple yang dikuasakan oleh cip pemprosesan M1 kini dilaporkan telah menjadi sasaran perisian tebusan (ransomware) LockBit.
Ia didedahkan oleh penyelidik keselamatan MalwareHunterTeam menerusi akaun Twitter mereka.
"locker_Apple_M1_64": 3e4bbd21756ae30c24ff7d6942656be024139f8180b7bddd4e5c62a9dfbd8c79
As much as I can tell, this is the first Apple's Mac devices targeting build of LockBit ransomware sample seen…
Also is this a first for the "big name" gangs?
🤔@patrickwardle
cc @cyb3rops pic.twitter.com/SMuN3Rmodl— MalwareHunterTeam (@malwrhunterteam) April 15, 2023
Serangan ransomware adalah tidak asing berlaku pada komputer yang menjalankan sistem operasi Windows dan Linux.
MalwareHunterTeam berkata, mereka tidak pernah menemui sebarang rujukan berkaitan LockBit yang menyasarkan Mac sebelum binaan pertamanya muncul pada November tahun lepas.
Tetapi insiden terbaru ini sekaligus menjadikannya adalah yang pertama dikesan melibatkan komputer yang dikuasakan cip M1 yang dibangunkan oleh Apple sendiri itu.
Ransomware biasanya akan mengawal dan mengambil alih sepenuh komputer yang diserang denganmenyekat akses pengguna dan menyulitkan fail mereka.
Kemudian penggodam akan menuntut bayaran kepada mangsa bagi membolehkan data yang disulitkan dibuka dan diakses semula.
{suggest}
Sumber: PCMag