Agak menjengkelkan sekiranya terdapat lebih daripada satu nombor yang sama disimpan dalam senarai nombor panggilan, Kepada anda yang berhasrat untuk “membersihkan” senarai contacts pada peranti iphone, berikut kami kongsikan cara untuk menggabungkan kesemua nombor yang sama menjadi satu.
Pertama sekali masuk ke menu Contacts.
Pilih menu All Contacts.
Kemudian Tap pada menu View Duplicates.
Maka akan dipaparkan senarai nombor pendua yang terdapat pada simpanan peranti anda. Untuk menggabungkannya Tap sahaja pada tombol Merge All.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.