Ahli arkeologi di Norway telah menemui sesuatu yang didakwa sebagai antara runestone tertua di dunia. Mengikut data, runestone yang dinamakan Svingerud Stone ini berusia 2,000 tahun dan membawa ke detik terawal sejarah penulisan runic itu.
Profesor di University of Oslo, Kristel Zilmer menyatakan:
“Penemuan akan memberikan kita lebih banyak ilmu pengetahuan akan penggunaan runes di awal zaman besi. Ini juga mungkin salah satu percubaan awal menggunakan runes pada batu di Norwar dan Scandinavia”.
Selain itu, terdapat juga runes yang lebih tua dijumpai bersama tetapi bukanlah diukir pada batu yang sama melainkan pada objek yang lain.
Mengikut Zilmer, tamadun pada waktu itu mungkin menggunakan hujung pisau atau jarum untuk mengukir runes tersebut.
Zilmer juga menyebut penemuan ini adalah yang paling mengujakan beliau sebagai ahli akademik dan pelbagai kajian perlu dilakukan pada runestone tersebut.
{suggest}
Selain itu, beliau menambah yang kita telah mendapatkan ilmu pengetahuan yang sangat berharga tentang sejarah awal penulisan runic.
Sumber: The Guardian
Gambar utama: The Guardian