Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, realme Malaysia menawarkan pelbagai promosi yang menarik.
Pengguna berpeluang untuk menerima hadiah percuma bernilai RM498 dan ke atas serta produk eksklusif dari Simplysiti yang bernilai sehingga RM200.
Kempen Siri realme 10 Pro x Touch ‘n Go E-Wallet
E-Store Touch ‘n Go e-Wallet akan mula menjual siri realme 10 Pro bermula 20 Jan 2023.
50 pembelian siri realme 10 Pro atau 10 Pro+ yang pertama akan menerima hadiah bernilai RM498 dan ke atas.
Antara hadiah yang bakal diterima adalah realme Buds T199, 1 tahun jaminan tambahan, 1 tahun jaminan skrin dan 1 tahun jaminan panel belakang.
Let it Gold Campaign
Pengguna berpeluang untuk menerima set kotak Let it Gold edisi terhad dengan mana-mana pembelian siri realme 10 Pro atau 10 Pro+ di mana-mana kedai yang terpilih.
Set kotak ini mengandungi produk eksklusif dari Simplysiti dan 2 tiket wayang di mana bernilai RM200 dan ke atas dan tersedia sehingga 31 Januari 2023 selagi stok masih ada.
The Ultimate & Extend Beyond Protection Campaign
Dengan mana-mana pembelian siri realme 10 Pro dan Pro+, pengguna akan menerima perlindungan percuma untuk peranti realme.
Perlindungan ini adalah termasuk 1 tahun jaminan tambahan, 1 tahun jaminan skrin dan 1 tahun jaminan panel belakang.
Kesemua perlindungan ini bernilai sehingga RM299 dan tersedia dari 18 sehingga 22 Januari 2023.
Selain itu, mana-mana pembelian siri realme C30s atau C33 juga layak untuk menerima 1 tahun jaminan tambahan. Perlindungan yang bernilai sehingga RM69 ini tersedia untuk kedai-kedai yang terpilih bermula dari 18 sehingga 22 Januari 2023.
Untuk melihat ketersediaan dan kemas kini mengenai produk yang diinginkan, pengguna boleh menyemak kedai rasmi realme yang terdekat.
Kedai rasmi realme:
Shopee – https://invl.io/clfuyvk
Lazada – https://invol.co/clfuyvu
Sumber: Siaran Akhbar realme
{suggest}