Empat bulan selepas pelancaran, pengguna iOS 16 berterusan melaporkan sejumlah pepijat, daripada pop-up papan kekunci yang perlahan, glitch UI, kamera membeku (freeze) dan banyak lagi.
{suggest}
Dari Twitter, Reddit (1,2,3,4,5,6) hingga ke Apple Support, pengguna mengatakan terdapat sejumlah isu pepijat dan prestasi sistem yang lemah setelah melakukan kemas kini iOS 16 terbaharu. Menurut pengguna, masalahnya adalah meluas, termasuk gangguan papan kekunci tidak muncul dalam aplikasi, kehabisan bateri dengan cepat, masalah dengan mod Focus, pepijat pada aplikasi Apple Music, kamera membeku dan lain-lain.
More and more people keep telling me all the issues with iOS 16.2. Hope we get a major bug fix soon. Hearing this more each day.
— Aaron Zollo (@zollotech) January 13, 2023
Tidak hanya itu, sejak kemas kini iOS 16.2 dilakukan, sejumlah pengguna melaporkan isu skrin putih, masalah skrin dengan garisan berkelip dan sebagainya.
My iPhone 14 pro max is far the buggiest iPhone I’ve used in a LONG time.
-Camera freezes
-Keyboard haptic/sounds randomly change
– keyboard is slow when on WhatsApp calls
– battery getting worseIs it just me?? (iOS 16.2)
— The Tech Chap (@TheTechChap) January 14, 2023
Bagi penulis sendiri, terdapat juga masalah papan kekunci perlahan, yang mana menyebabkan bunyi maklum balas papan kekunci (Keyboard Feedback) tidak serentak dengan setiap aksara yang ditaip.
Untuk rekod, iOS 16.2 telah dikeluarkan bulan lalu selepas ujian dengan pembangun dan penguji awam sejak Oktober. Melalui tempoh ujian beta pada bulan Oktober, November dan Disember, Apple mengeluarkan lima kemas kini, menangani pepijat dan isu yang dilaporkan oleh penguji.
Memandangkan terdapat sejumlah pepijat yang masih dialami beberapa pengguna pada iOS 16.2, Apple mungkin akan mengeluarkan iOS 16.2.1 sebelum melepaskan kemas kini iOS 16.3 beberapa minggu kemudian.
Ketika ini, Apple sedang menguji iOS 16.3 dengan pembangun dan pengguna beta awam dengan hanya beberapa ciri baharu.
Sumber: MacRumors
Gambar utama: UnicTool