Syarikat pengeluar utama filem, Kodak dilaporkan bakal menaikkan harga jualan bagi filem keluaran mereka sehingga 40% di seluruh dunia bermula seawal bulan Januari ini.
Peningkatan harga filem ini dibuat ketika permintaan terhadap filem kini kembali meningkat oleh penggemar fotografi analog.
Malah kebangkitan semula populariti filem seolah-olah mengejutkan Kodak. Oktober Kodak menyatakan bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan pengguna dan berusaha keras untuk mengambil lebih ramai pekerja, bagi memenuhi permintaan filem di pasaran.
{suggest}
Ia dilihat sebagai pemulihan yang luar biasa selepas syarikat Eastman Kodak memfailkan bankrap lebih sedekad lalu.
Walaubagaimanapun, peningkatan harga filem sehingga 40% yang ditetapkan Kodak itu dilihat sebagai sedikit melampau yang mungkin memberi kesan kepada peminat fotografi filem.
Sumber: Peta Pixel