Apple secara rasmi sudah menyenaraikan iPad mini generasi ke-3 sebagai peranti usang atau “obselete device”. Ini bermakna ia tidak lagi dibaiki oleh Apple dan penyedia perkhidmatan yang diiktiraf.
Alat-alat gantinya juga sudah tidak disediakan syarikat itu.
{suggest}
Model generasi ke-3 iPad mini antara yang popular sewaktu dilancarkan pada 2014 dulu bersama-sama iPad Air generasi ke-2. Ia menggunakan cip A7 dan mempunyai butang Touch ID.
Menurut Apple, sesuatu produk dikategorikan sebagai usang apabila ia sudah tidak dikeluarkan lebih 7 tahun. Untuk produk Beats Monster pula, kesemuanya dikira usang, tidak kira tahun pembeliaannya.
Sumber: Apple
Gambar utama: Digital Trends