Jika anda masih ingat, beberapa tahun lalu, muncul foto sebiji telur ayam yang mencipta rekod dengan jumlah ‘like’ terbanyak di Instagram. Setakat ini, foto berkenaan telah menerima lebih 55.9 juta tanda suka.
{suggest}
Terbaharu, gambar Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA telah mencipta rekod baharu dan sekali gus mengatasi jumlah ‘like‘ foto telur ayam berkenaan.
Foto dengan catatan “CAMPEONES DEL MUNDO!!!!!” (CHAMPIONS OF THE WORLD!!!!!!) menyaksikan Messi menjulang trofi Piala Dunia FIFA 2022 sambil meraikan kemenangan Argentina ke atas Perancis.
Sehingga artikel ini ditulis, gambar tersebut telah menerima lebih 56 juta ‘like’ sejak dimuat naik di platform media sosial itu pada Isnin lalu. Jumlah berkenaan juga semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Untuk rekod, Messi mempunyai lebih 400 juta pengikut di Instagram.
Sumber: Messi, world_record_egg