Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa sebanyak lebih daripada 1,500 perkhidmatan WiFi Smart Selangor (WiFiSS) disasarkan akan diaktifkan di dalam negeri tersebut sebelum berakhirnya tahun ini.
Beliau memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 873 WiFiSS telah dipasang dan diguna pakai setakat 31 November 2022.
Sementara 727 lagi sedang dipasang dan diaktifkan secara berperingkat.
{suggest}
“Kita sasarkan 1,600 jaringan internet ini akan diaktif sehingga hujung tahun ini,” Dato’ Seri Amirudin Shari.
Beliau juga menyatakan, WiFiSS mungkin akan turut disediakan di balai raya, rumah ibadah, surau atau padang permainan untuk kegunaan masyarakat sekeliling.
Pada tahun 2019 dahulu, Kerajaan negeri itu menjangkakan pengguna WiFiSS akan meningkat kepada 1.2 juta pengguna.
Sumber: Selangorkini, Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan