Elden Ring telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Game Of The Year dalam acara 2022 Game Awards setelah mengalahkan pesaing rapatnya, God of War: Ragnarok.
Congrats to @SonySantaMonica for racking up a mythic six #GameAwards wins for God of War Ragnarök! pic.twitter.com/eKVzkhX438
— PlayStation (@PlayStation) December 9, 2022
Walaupun tidak memenangi anugerah paling utama, GoW: Ragnarok tidak pulang dengan tangan kosong. Hal ini demikian kerana ia telah menjadi video games yang memenangi 6 anugerah, tertinggi untuk tahun 2022
Berikut adalah anugerah yang dimenangi GoW: Ragnarok:
- Best Narrative
- Best Score & Music
- Best Audio Design
- Best Performance: Chris Judge
- Innovation In Accessibility
- Best Action / Adventure
Untuk pengetahuan pembaca, Elden Ring dan GoW: Ragnarok adalah 2 permainan video yang paling berpotensi untuk memenangi anugerah GOTY.
{suggest}
Kedua-dua games tersebut memberikan prestasi yang sangat cemerlang dari segi grafik, penceritaan, mekanisma permainan dan juga jualan.
Berbanding pesaingnya, Elden Ring telah memenangi 4 anugerah – Game Of The Year, Best Role-Playing Game, Best Game Direction dan Best Art Direction.