Trendforce mengeluarkan yang menunjukkan bahawa bilangan telefon dikilangkan dalam suku ketiga (Julai-September 2022) telah berkurang 0.9% berbanding suku sebelumnya.
Jika dibandingkan dengan suku yang sama tahun lepas pula, ia berkurang sebanyak 11%.
Disebabkan tekanan ekonomi yang kuat, syarikat-syarikat ini juga terpaksa mengurangkan pengeluaran.
Pun begitu, Apple menunjukkan pertumbuhan yang stabil.
Samsung pula menunjukkan peningkatan sebanyak 3.9%. Untuk sektor telefon boleh lipat, Samsung menerajuinya.
Jenama-jenama China seperti OPPO (termasuk OnePlus, realme) dan vivo (termasuk iQOO) menunjukkan penurunan tetapi Xiaomi (termasuk Black Shark, Redmi, Poco) masih kekal sama.
{suggest}
Trendforce menjangkakan suku keempat ini (September-Disember 2022), akan ada peningkatan pengeluaran global sekitar 9%.
Walau bagaimanapun, keseluruhan pengeluaran dalam tahun 2022 masih rendah daripada 2021.
Tambahnya lagi, trend pasaran telefon pintar mula menunjukkan penurunan sejak suku ketiga 2021 lagi.
Sumber: Trendforce
Gambar utama: Cottonbro Studios