Kad grafik terbaru dari NVIDIA iaitu GeForce RTX 4090 dilaporkan telah memecahkan sebanyak 14 rekod dunia.
Walaubagaimanapun, kad grafik ini bukanlah kad grafik biasa, sebaliknya ia adalah model RTX 4090 HOF yang dikustomasi melebihi prestasi sebenarnya (overclock) oleh GALAX.
Hasilnya, kad grafik RTX 4090 HOF ini telah melampaui pencapaian yang dicatatkan oleh kad grafik sebelumnya di mana frekuensi kuasa pemprosesannya dipertingkatkan sehingga 3.7 GHz (3705 GHz tepatnya).
{suggest}
Ini menjadikan kad grafik ini sebagai yang pertama dan satu-satunya di dunia yang berjaya mencapai kekerapan prestasi setinggi itu semasa sedang diuji menjalankan penanda aras GPU.
Berikut adalah 14 rekod dunia yang dicapai oleh kad grafik tersebut:-
- GPUPI 3.3 1B, 3.825 GHz
- GPUPI 3.3 32B, 3.78 GHz
- Fire Strike Ultra, 3.7 GHz
- Fire Strike Extreme, 3.675 GHz
- Port Royal, 3.7 GHz
- 3DMark Vantage Performance, 3.7 GHz
- 3DMark Vantage Extreme, 3.7 GHz
- 3DMark 11 Performance. 3.7 GHz
- Catzilla 1080P, 3.7 GHz
- Catzilla 1440P, 3.7 GHz
- Catzilla 4K, 3.7 GHz
- Catzilla 576P, 3.7 GHz
- Catzilla 720P, 3.7 GHz
- Superposition 8K, 3.66 GHz
GeForce RTX 4090 telah pun diumumkan NVIDIA 2 bulan lepas dan ia sudah pun berada di pasaran sejak 12 Oktober 2022 lalu
GeForce RTX 4090 dijual pada harga USD1,599 (~RM7303).
Sumber: wccftech