Telefon pintar Android mungkin kelihatan bosan dengan wallpaper statik. Walaupun terdapat pilihan wallpaper beranimasi yang boleh dimuat turun dari Themes, tetapi pilihan yang diberikan adalah terhad malah ada yang berbayar.
Jadi untuk jadikan wallpaper Android anda beranimasi dengan pilihan yang lebih menarik, anda boleh dapatkannya terus dari aplikasi TikTok.
Berikut adalah cara untuk jadikan video TikTok sebagai live wallpaper untuk telefon pintar Android anda:
1. Buka aplikasi TikTok dan buat carian video yang anda mahu jadikan sebagai live wallpaper. Sebagai contoh video resepi masakan ayam di bawah ni.
2. Kemudian tap pada butang kongsi dan akan dipaparkan kotak dialog seperti rajah di bawah.
Di sini anda tap pada Set as wallpaper.
3. Selepas selesai video di muat turun, anda bolehlah tap pada butang Set as wallpaper.
4. Kembali ke antaramuka telefon pintar anda dan selesai.
Sebagai maklumat tambahan, pengguna telefon pintar Samsung boleh terus sahaja mengikuti panduan di atas.
Tetapi untuk pengguna telefon pintar lain pula seperti Xiaomi, anda berkemungkinan perlu terlebih dahulu memuat turun aplikasi tambahan dari TikTok iaitu TikTok Live Wallpaper.
Selepas dipasang aplikasi tersebut, barulah anda boleh jadikan video TikTok sebagai live wallpaper untuk telefon pintar anda.
Selamat mencuba.
P/s: Tidak semua video TikTok boleh dijadikan live wallpaper untuk telefon pintar anda. Hanya video TikTok yang ada dengan pilihan butang Set as wallpaper yang boleh dijadikan live wallpaper.