Pada 9 November lepas, nilai pasaran Amazon telah jatuh sebanyak 4.3 peratus. Walaupun angka tersebut nampak kecil tetapi nilai pasaran Amazon telah jatuh kepada sekitar USD879 bilion (~RM4.04 trilion).
Asalnya, Amazon mempunyai nilai pasaran sekitar USD1.8 trilion (~RM8.27 trilion) berdasarkan statistik pada Julai 2021.
Secara teknikal, itu bermaksud Amazon adalah syarikat pertama yang mengalami kerugian berjumlah USD1 trilion (~RM4.60 trilion) mengikut laporan Bloomberg.
{suggest}
Ketua Pegawai Kewangan CFO Amazon, Brian Olsavsky menyatakan faktor inflasi yang tinggi, bajet orang awam yang semakin sempit dan kos tenaga yang meningkat adalah penyumbang kepada krisis yang dialami syarikat itu.
Selain itu, Jeff Bezos telah menurun kepada kedudukan nombor 4 individu terkaya dunia berbanding nombor 2 sebelum ini mengikut Indeks Billionaire Bloomberg.
Sumber: Unilad