Kepada anda yang kerap menggunakan aplikasi Whatsapp pada laman sesawang, sememangnya agak merisaukan sekiranya paparan atau perbualan anda dilihat oleh individu lain yang berada berhampiran Laptop atau PC yang digunakan.
Berikut kami kongsikan cara untuk meningkatkan tahap privasi aplikasi tersebut pada paparan laman sesawang dengan menjadikannya “kabur” daripada pandangan orang disekitar anda.
Pertama sekali Log masuk ke laman “Whatsapp web” menggunakan PC
Seterusnya buat carian Whatsapp privacy extension pada google dan pasangkannya pda PC anda.
Setelah selesai dipasang, maka akan muncul paparan notifikasi berikut.
Kemudian untuk memilih tahap privasi yang anda inginkan pada paparan whatsapp web anda, pilih pada menu yang disediakan.
Selesai, berikut adalah contoh paparan yang telah dikaburkan pada pandangan umum,mesej atau perbualan hanya akan muncul sekiranya ditunjuk atau klik menggunakan tetikus.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.