Tengku Zafrul dalam pembentangan Bajet 2023 tadi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan bantuan e-Pemula sebanyak RM100 untuk 8 juta individu.
Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu#Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 7, 2022
Ia menyasarkan mereka dalam kumpulan pendapatan M40 dan ke bawah yang berpendapatan bawah RM100 ribu setahun.
Pun begitu, e-Pemula dinaikkan ke RM200 bagi 2 golongan iaitu:
- Belia berusia 18-20 tahun
- Pelajar sepenuh masa berusia 21 tahun
RM400 juta
Program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.#Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 7, 2022
Ini bermakna jika anda sudah tamat pengajian dan berpendapatan tahunan bawah RM100 ribu, anda layan mendapat e-Pemula sebanyak RM100 saja
Teruskan bersama kami untuk perkembangan Bajet 2023 berkenaan digital dan teknologi.
Sumber: Menteri Kewangan
{suggest}