Baru-baru ini, Google mengumumkan acara pelancaran bagi Pixel 7 dan Google Pixel Watch akan diadakan pada awal Oktober depan. Terbaharu, harga Pixel Watch kini dilaporkan telah didedahkan melalui sumber peruncit.
Memetik laporan 9to5Google, Pixel Watch bagi model Bluetooth/Wi-Fi dijangka bermula pada harga $349.99 (~RM1,592).
{suggest}
Selain harga, turut didedahkan adalah pilihan warna bagi jam pintar pertama Google itu. Antara warna yang tersedia termasuk Gold/Hazel, Silver/Charcoal dan Black/Obsidian bagi model LTE. Manakala model Wi-Fi/Bluetooth akan tersedia dengan pilihan warna Silver/Charcoal dan Black/Obsidian.
Jika benar itu adalah harga yang bakal ditawarkan, Google mungkin terpaksa bersaing dengan beberapa jenama jam tangan pintar lain, termasuk Samsung yang menawarkan Galaxy Watch 5 dengan harga lebih rendah iaitu bermula RM1,099.
Sumber: 9to5Google