FITURE interactive fitness mirror merupakan cermin fitness pertama di Malaysia yang direka untuk membantu dan membimbing pengguna dalam bersenam.
Dalam bahasa mudah, cermin pintar daripada FITURE secara tidak langsung menjadi jurulatih peribadi pengguna.
{suggest}
Dengan teknologi Motion Engine mereka, pergerakkan pengguna dapat dikesan dan mampu memberi maklum balas secara terus.
Terdapat 2 model cermin pintar FITURE ini – FITURE Mini dan FITURE Core.
Kedua-dua model tersebut boleh dibeli dengan harga promosi:
FITURE Core: RM 6,999
FITURE Mini: RM 3,999
Promosi ini sah dari 19 September ini hingga 19 Oktober depan. Selain itu, setiap pembelian akan mendapat langganan FITURE Membership percuma untuk 3 bulan.
Pembaca boleh membeli di Stor Rasmi FITURE:
Shopee: https://invle.co/cldxd3y
Sumber: Siaran Akhbar FITURE.