Berkemungkinan besar yang Google akan melancarkan jam pintar pertamanya tidak lama lagi berdasarkan khabar anginnya.
{suggest}
Harga Pixel Watch
Berdasarkan sumber 9to5Google, Pixel Watch mungkin akan dijual pada harga USD399 (~RM1,790) untuk ketersambungan LTE.
Harga tersebut menyamai dengan harga Apple Watch Series 7 untuk versi palingĀ murah.
Berbanding siri Galaxy Watch 5, harga Watch 5 Pro lebih mahal pada tanda harga USD449 (~RM2,000).
Tarikh Pelancaran Pixel Watch
Berdasarkan pelancaran Google Pixel 6 pada bulan Oktober 2021 yang lepas, Google mungkin akan melancarkan Pixel Watch ini pada Oktober 2022 ini.
Jika dakwaan ini benar, Google berkemungkinan besar akan melancarkan Google Pixel 7 bersama-sama Pixel Watch ini sekali.
Sumber: 9to5Google