Menurut JustWatch, Netflix kekal sebagai platform terbesar di Malaysia. Bukan itu sahaja, malah pegangannya dalam pasaran tempatan juga terus meningkat.
Untuk suku kedua 2022, tempat ke-2 diduduki Viu (20%), tempat ke-3 ialah iflix (16%) manakala ke-4 pula Disney+ Hotstar (15%).
Bagaimanapun, pelanggan Viu dan iflix sama-sama mencatatkan penurunan manakala Disney+ Hotstar pula terus meningkat.
Untuk suku seterusnya, saya secara peribadi menjangkakan Disney+ Hotstar akan naik ke tempat ke-3 menggantikan iflix dan memberi saingan sengit terhadap Viu.
Hal ini kerana graf menunjukkan peningkatan sebanyak 4% dalam kalangan pelanggan Disney+ Hotstar dan penguncupan di sebelah Viu yang berkurang sebanyak 1%.
Pelanggan iflix pula menurun sebanyak 4% dalam tempoh sama, April-Jun 2022.
HBO Go di tempat ke-5 dan Prime Video di tempat ke-6 juga menunjukkan jarak yang sangat dekat iaitu 1%.
Graf pada Prime Video agak mendatar namun HBO Go pula mendapat peningkatan yang mendadak, hanya dalam masa sebulan.
{suggest}
Sumber: Siaran Akhbar JustWatch