Dilaporkan bahawa Samsung kini sedang membangunkan cip generasi ke-3 Tensor yang dipercayai untuk menjadi ‘jantung’ Google Pixel 8 kelak.
Pixel 8 dijangka akan dilancarkan Oktober 2023 tapi Samsung dan Google sudah pun melakukan persediaan untuknya.
Siri Pixel 7 dikatakan menggunakan cip Tensor generasi ke-2 dan pelancaran rasminya mungkin berlangsung Oktober ini.
Imbas kembali, Pixel 6 ialah telefon pertama daripada Google yang menggunakan cip mereka sendiri iaitu TensorĀ dan ia dikeluarkan oleh Samsung. Dari segi pengalaman pengguna, ia mendapat maklum balas yang bercampur-baur.
Ada juga yang mendakwa Tensor sebenarnya ialah Exynos daripada Samsung diberi nama baharu saja. Namun, ia tidaklah seringkas itu.
9to5Google merumuskan bahawa Tensor bukanlah dicipta 100% oleh Google kerana ia masih membawa beberapa elemen daripada Exynos. Tapi, banyak perubahan yang dilakukan Google.
Sumber: Galaxy Club, 9to5Google