Microsoft terus menambah baik dan memperkenalk ciri-ciri baharu yang menarik untuk Windows 11.
Kini salah satu ciri terbaru yang sudah mula ditawarkan adalah paparan ikon beranimasi untuk Settings di dalam Windows 11.
Cuma buat masa ini, ia hanya ditawarkan kepada pengguna Windows 11 Insider Build 25188 yang berdaftar dengan Windows Insider Program sahaja.
Malah tidak semua pengguna versi Windows 11 itu akan menerimanya dengan segera. Sebaliknya ia ditawarkan secara berperingkat kepada penggunanya.
{suggest}
Microsoft is experimenting with the idea of animating Settings navigation icons (vso/feature 34878152, Windows Insider Build 25188)
The Microsoft Design team calls these delightful unexpected moments of joy with purpose https://t.co/rUIi924aIT pic.twitter.com/2zYmbqg97N
— Rafael Rivera (@WithinRafael) August 25, 2022
Microsoft dijangka akan memberikan kemas kini utama kepada semua pengguna Windows 11 menerusi kemas kini Windows 11, Version 22H2 update yang akan tiba tidak lam lagi.
Selain ciri ikon beranimasi ini, Windows 11 juga akan menerima ciri tab pada File Explorer yang sudah pun ditawarkan kepada pengguna Windows Insider Program.