GIGABYTE baru-baru ini telah melancarkan storan SSD terkini yang menggunakan teknologi ketersambungan PCIe Gen 5 yang lebih pantas – AORUS Gen5 10000 SSD.
Secara ringkas, PCIe Gen 5 mempunyai lebar jalur 2 kali ganda lebih banyak daripada generasi sebelumnya Gen 4.
Oleh itu, storan SSD Aorus Gen 5 ini mampu memberikan prestasi super pantas 55% lebih laju berbanding SSD Gen 4.
Menariknya lagi, GIGABYTE menawarkan variasi kapasiti saiz daripada 1TB hingga yang paling ‘gedabak’, 4TB.
{suggest}
Dengan menggunakan reka bentuk M.2 2280, pengguna dapat memasang storan ini dengan mudah dan cepat.
Setakat ini, storan AORUS Gen5 10000 SSD masih tidak tersedia lagi untuk dibeli. Oleh itu, kita masih tidak dapat harga jualan rasminya tetapi GIGABYTE dijangka akan berkongsikan maklumat berkaitannya tidak lama lagi.
Sumber: Siaran Akhbar GIGABYTE