Sony telah mengesahkan PlayStation VR2 bakal hadir untuk pengguna dan peminat di luar sana. Berdasarkan perkongsian dari Instragram, PS VR2 bakal dilancarkan seawal tahun 2023 depan.
Ketika ini, terdapat lebih 20 buah permainan video maya yang telah tersedia untuk platform itu semasa pelancarannya nanti.
{suggest}
Selain itu, Sony juga telah berkongsikan nama rasmi akan alat kawalan (controller) baharunya, PlayStation VR2 Sense dan spesifikasi PSVR2 seperti di bawah:
Jenis Paparan: OLED
Resolusi Panel: 2000 x 2040
Kadar Segar Semula: 90Hz, 120Hz
Sudut Pandangan: Sekitar 110 Darjah
Sensor:
- Sensor Pergerakan: Sistem pengesan pergerakan enam-paksi (giroskop 3-paksi, accelerometer 3-paksi)
- Sensor Lampiran: Pengesan kehampiran IR
Kamera:
- 4 kamera terbina pada set kepala (headset)
- Kamera IR untuk menjejak mata
Respon Haptik: Getaran Pada set kepala
Sambungan Pada PS5: USB Type-C
Audio
- Input: Mikrofon terbina
- Output: Bicu audio stereo
Selain daripada spesifikasi di atas, Sony juga mengumumkan game PSVR2 pertama yang digelar Horizon Call of the Mountain.
Sumber: videogameschronicle