15 Ogos – Atlet dari Korea Utara dihalang dari menerima telefon Samsung Galaxy S7 yang sepatutnya menjadi buah tangan setiap atlet yang berentap di temasya sukan itu.
Peranti-peranti itu ditaja khas oleh syarikat gergasi telekomunikasi, Samsung.
Kesemua 12,500 atlet menerima telefon itu namun malang bagi 31 atlet dari Korea Utara apabila telefon mereka dirampas oleh pegawai sukan negara itu yang menemani mereka di Brazil.
Difahamkan, peranti itu dirampas kerana dikhuatiri menjadi alat mengintip Korea Selatan yang merupakan pengasas kepada syarikat telekomunikasi itu.
Hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Korea Selatan masih tegang biarpun gencatan senjata sudah dibuat pada 1953.