Permainan video Bully merupakan sebuah game yang sangat nostalgia bagi mereka yang sempat merasainya, terutamanya ketika zaman muda anda.
BULLY Remake – Unreal Engine 5 Insane Showcase | Concept Trailer
Source:https://t.co/ZFKhiCCXaT pic.twitter.com/9Ovy0JYCtt
— Idle Sloth💙💛 (@IdleSloth84) July 25, 2022
Sebuah saluran YouTube, TeaserPlay telah memperbaharui treler permainan video tersebut melalui perisian enjin Unreal Engine 5 dan hasilnya tidak mengecewakan. Malahan menggamit memori-memori yang telah lama tersimpan buat anda yang pernah bermain game ini.
Selain treler di atas, seorang artis rekaan 3 dimensi pernah menggunakan perisian Unreal Engine 5 untuk menghasilkan sebuah video stesen keretapi yang tampak sangat jelas dan sukar untuk membezakannya dengan yang realiti.
Di samping itu, TeaserPlay juga ada menggunakan Unreal Engine 5 tersebut untuk menghasilkan semula video-video treler permainan video yang lama dengan kemas kini kualiti grafik yang lebih moden dan baharu.
Sumber: gamerant