ByteDance dilaporkan sudah mendaftarkan tanda dagang ‘TikTok Music’ dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat, UPTO (US Patent and Trademark Office).
Dalam dokumen tersebut, perkhidmatan ini termasuklah membolehkan pengguna membeli, memainkan, memuat turun muzik, album dan lirik.
Terdahulu, syarikat itu telah menyediakan aplikasi yang lebih kurang sama iaitu Resso. Ia terhad di beberapa negara seperti India, Indonesia dan Brazil.
Bahkan, aplikasi TikTok di Brazil hadir bersama butang yang membawa mereka ke Resso apabila mahu mendengar lagu penuh.
Insider juga melaporkan peningkatan pengguna Resso sebanyak 304% antara dalam setahun di India.
Tidak pasti TikTok Music ini akan menyerupai Resso.
Namun, jika ‘Resso’ ini diluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia, maka pastinya akan beri kesan besar terhadap nama besar seperti Spotify.