HONOR akhirnya melancarkan fon telinga tanpa wayar premium pertamanya, HONOR Earbuds 3 Pro.
Dikatakan sebagai peranti teknologi terkini HONOR, kebanyakan ciri yang hadir tersedia buat julung kalinya.
Spesifikasi HONOR Earbuds 3 Pro
- Sambungan: Bluetooth 5.2
- Hayat bateri: Main semula 6 jam tanpa ANC, 4 jam dengan ANC manakala 24 jam dengan bekas pengecas tanpa ANC, dan 16 jam dengan bekas pengecas dengan ANC.
- Dimensi fon telinga: 30.5mm x 21.6mm x 24.3mm
- Berat fon telinga: Sekitar 5.1g
- Dimensi bekas pengecasan: 46mm x 64.3mm x 23.2mm
- Berat bekas pengecasan: 42.6g
- Pengecasan dari bekas: USB-C sehingga 2.5W
Rekaan HONOR Earbuds 3 Pro
Dari mata kasar, rekaan HONOR Earbuds 3 Pro dengan bekas pengecasnya sekali memang mengingatkan saya pada AirPods Pro.
Boleh dilihat port pengecasan Type-C berada di bahagian bawah bekas pengecas, dan Earbuds 3 Pro ini merupakan fon telinga tanpa wayar pertama yang menyokong pengecasan pantas 5C.
Aksesori yang hadir dalam kotak tentunya manual, kad waranti, juga 2 set penutup telinga silikon dengan saiz yang berbeza.
Rekaannya ringan dan kecil namun berdasarkan pengalaman menggunakan fon telinga ini, ia selesa dipakai hanya selama lebih kurang satu jam dan setelah itu, akan mula berasa sakit dan kurang selesa.
Ciri dan jangka hayat bateri
Untuk menikmati pengalaman sebenar menggunakan HONOR Earbuds 3 Pro, saya telah memuat turun aplikasi HONOR AI Space yang hanya tersedia untuk Android.
Disebabkan saya bukan pengguna telefon HONOR, aplikasi ini telah dimuat turun pada telefon Android lain.
Pertama sekali, memang sangat mudah untuk menghubungkan Earbuds 3 Pro melalui aplikasi AI Space, lebih-lebih lagi kerana ia boleh dihubungkan dengan dua peranti dalam satu masa.
Walaupun pengaktifan pembatalan hingar (ANC) boleh dilakukan dengan menekan lama pada tangkai fon telinga, aplikasi HONOR AI Space memberi pilihan lebih terperinci.
Empat pilihan mod ANC diberikan dalam aplikasi iaitu intelligent, cozy, moderate, dan ultra, membolehkan anda mengawal mengikut keadaan persekitaran.
Berdasarkan pengalaman mengguna, ciri ini memang memuaskan pendengaran saya.
Ciri menarik lain yang ditawarkan tentunya sensor suhu yang boleh dilakukan dengan tap fon telinga sebanyak tiga kali. Bagaimanapun, apabila dicuba, hanya selepas beberapa kali ciri ini dapat berfungsi.
Turut sama melalui aplikasi AI Space, walaupun boleh aktifkan secara automatik, ia seperti bergantung pada nasib untuk berjaya dapatkan bacaan suhu. Tidak pasti jika ia disebabkan oleh pemakaian saya yang kurang tepat atau kelemahan ciri ini sendiri.
Kualiti bunyi
Boleh dikatakan kualiti bunyi dari HONOR Earbuds 3 Pro ini cukup memuaskan.
Apabila saya mainkan lagu Chakra oleh W&W & Vini Vici, kualiti bass dari fon telinga ini tajam dan jelas. Ditambah lagi dengan mod ANC ultra, seolah berada di konsert DJ tersebut.
Bayangkan jika Earbuds 3 Pro ini hadir dengan ciri audio spatial seperti AirPods Pro, tentu pengalaman audionya lebih immersive.
Rumusan
Apa yang boleh saya rumuskan, Earbuds 3 Pro menawarkan pengalaman bunyi seperti AirPods Pro tapi versi Android.
Disebabkan aplikasi AI Space tidak tersedia untuk iOS, pengguna iPhone seperti saya tak dapat menikmati akses kepada empat mod ANC tadi.
HONOR Earbuds 3 Pro dijual pada harga RM699 dengan dua pilihan warna iaitu putih dan kelabu.
Anda boleh dapatkannya melalui pautan di bawah:
- Lazada – https://invol.co/clbln0a
- Shopee – https://invle.co/clbln8q